31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kerajaan nafi sekat akaun TikTok Sanusi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menafikan telah menyekat akaun TikTok milik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Penafian itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail susulan dakwaan Sanusi mengenai akaun TikTok rasminya telah disekat dan video-video yang dimuat naik tidak lagi boleh diakses oleh semua pengguna aplikasi itu.

Semakan mendapati, akaun media sosial berkenaan tidak boleh diakses bermula semalam dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu turut mendakwa video-video di akaun TikTok rasminya telah dipadam.

Menutuy Saifuddin, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan menyekat akaun pengguna aplikasi media sosiak itu kerana ia adalah milik swasta.

“Ia adalah milik Bytedance.Ltd firma teknologi dari China. Untuk pengguna TikTok macam juga platform media sosial yg lain, ianya tertakluk pantang larang yang boleh dan tak boleh.

“Kerajaan Malaysia ada kuasa ban (sekat) akaun TikTok kita? Jawabnya tidak.

“Kalau TikTok terima banyak laporan dan aduan oleh pengguna lain, maka TikTok akan ban. la akaun yang menjadi isu itu.

Advertisements

“Kiranya yang ban TikTok kita ialah pengguna bukannya kerajaan. Pengguna buat aduan dan TikTok ban,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Katanya yang juga Setiausaha Agung Parti Keadipan Rakyat (PKR), hari ini Menteri Besar Kedah kata kandungan TikTok beliau kena padam.

“Dia kata Malaysia dah jadi korea utara!. Saya tentunya tak setuju sebab memang bukan kerajaan yang buat, kita pun banyak kerja lain,”katanya.

Terdahulu Muhammad Sanusi dalam ucapannya semalam, mendakwa akaun TikTok beliau dipadam menyebabkan penjelasan berkenaan fitnah-fitnah atas dirinya tidak dapat dimuatnaik.

Beliau turut menyifatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan pusat seperti Korea Utara, menyekat kebebasan media.

“Depa ikat kaki, ikat tangan, lepas tu suruh kita lawan. Kalau mereka betul-betul anak jantan, pulangkan TikTok saya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan