Thursday, July 23, 2026

PM terima kunjungan hormat Menteri Luar Turki

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Turki Hakan Fidan, yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Dalam pertemuan yang diadakan di Pulau Pinang itu, Anwar dan Fidan membincangkan soal kerjasama dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

“Kami juga dapat bertukar pandangan berkaitan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama termasuk melibatkan umat Islam.

“Semoga hubungan Malaysia dan Turki akan terus berkembang sekali gus dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir pada pertemuan itu Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia, sejak dilantik sebagai Menteri Luar negara itu pada 3 Jun lepas.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan Turki meningkat 12.6 peratus kepada RM20.25 bilion (US$4.62 bilion) daripada RM17 bilion (US$4.10 bilion) pada 2021. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan