31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MB Kedah memang ‘steady’, sindir Dr Akmal

Sanusi juga diminta menyaman Perdan Menteri yang mendakwa PN mendapat dana politik daripada syarikat judi dalam PRU15 lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memuji tindakan saman yang bakal diambil oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE).

Menurut beliau, maklumat yang disampaikan bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu dalam satu ceramah di Guar Cempedak, Kedah malam tadi, didakwa sebagai tidak benar dan bermotifkan politik.

Tegasnya, tindakan undang-undang menjadi jalan terbaik untuk mengelak rakyat menerima maklumat tidak tepat terutama ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Ahli Parlimen Merlimau itu turut mengucapkan tahniah kepada Sanusi atas tindakannya itu.

Advertisements

“Tahniah MB Kedah!! Berani kerana benar, bawa terus ke mahkamah atas tuduhan yang dilemparkan, tidak perlu minta bukti dari orang yang menuduh.

“Orang tuduh kita, kita lawan dengan fakta di mahkamah,” katanya menerusi kenyataan ringkas di Facebook beliau.

Menerusi kenyataan sama, dalam nada sindiran Dr Akmal turut mencadangkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Parti Perikatan Nasional (PN) Kedah itu supaya membawa sekali tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan PN mendapat dana daripada syarikat judi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Bawa sekali tuduhan PMX mengenai isu judi juga,agar rakyat dapat tahu siapa benar siapa salah. MB Kedah memang steady,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan