31 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Facebook rasmi Muafakat Nasional diceroboh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Facebook rasmi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu telah diceroboh.

Justeru, Annuar berkata, setiap perkongsian melalui platform medai sosial tersebut bermula 18 Julai lalu merupakan tindakan pihak luar dan bukan melalui Pengurusan MN.

“Adalah dimaklumkan bahawa Facebook rasmi Muafakat Nasional telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisements

“Muafakat Nasional akan mengambil tindakan berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada dan berharap pihak berkuasa bersedia membantu mengambil tindakan sewajarnya,”katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada Disember 2022, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), mengumumkan akan menggerakkan NGO MN dan berperanan sebagai presiden dalam organisasi berkenaan.

Organisasi bebas berkenaan bagi meneruskan usaha memupuk nilai-nilai murni ke arah perpaduan dan penyatuan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bapa rogol anak hingga melahirkan dipenjara 20 tahun

SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini selepas mengaku bersalah...

Lagi Artikel Berkaitan