34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Anwar yakin PH-BN akan menang bergaya di Kedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah sekiranya ahli dapat menerima calon dipilih pucuk pimpinan gabungan itu.

Beliau yang juga Pengerusi PH, berkata perkara itu dapat direalisasikan sekiranya ahli parti daripada peringkat bawahan hingga atasan bermuafakat ketika PRN nanti.

“Saya yakin kalau PH-BN betul-betul dari atas sampai bawah muafakat dan fikir masa depan bangsa serta negara, hindar daripada sentimen lama… hindar dari mendengar propaganda karut mereka.

“Kita pilih satu dasar yang sederhana yang boleh angkat ekonomi dan jaga semua rakyat ataupun kita pilih parti yang boleh bawa rosak dan pecah belah masyarakat dan negara.

“Ini bukan pilihan. Ini satu imperatif yang kita harus ambil dan saya minta betul-betul, dan saya yakin.

“Saya bagi tahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berulang kali kalau boleh gerakkan (penerimaan) calon PH (adalah) calon dia (BN) (dan) calon BN (adalah) calon dia (PH). Kalau ada pandangan begitu, kita menang bergaya di Kedah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, malam tadi.

Advertisements

Sehubungan itu, kata beliau, pimpinan parti PH-BN perlu menerangkan perkara itu kepada setiap ahli agar dapat menerima calon PH ataupun BN, sekali gus tidak percaya dengan hasutan musuh.

“Sebab itu, kempen mereka selain daripada maki saya, (mereka) maki Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan UMNO pun dia kurang kononnya untuk pujuk ahli UMNO.

“Kalau nak selamatkan parti…… dan selamatkan negara jangan dengar nasihat musuh. Ini ada yang saya sebutkan tadi mantan-mantan Menteri UMNO dengar bisikan musuh kononnya saya tiada pilihan nak selamatkan UMNO justeru sy bersama PAS. Ini fatwa apa,”sindir Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pimpinan kedua gabungan tidak boleh ‘resah’ apabila berhadapan agenda lawan, selain perlu tahu cara bagi menyelamatkan parti dan negara melalui membina kekuatan bersama.

“Pastikan kita bekerja sebagai satu pasukan. Ya… memang ambil masa tapi kita pantau. Tanggungjawab kita sebagai pimpinan mesti ada ketegasan, yakin dan sampaikan.

“Pimpinan tidak perlu takut resah di bawah, pimpinan kena tahu cara untuk menyelamatkan parti dan negara kita ini dengan membina kekuatan bersama,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan