31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Semangat patriotik perlu disuburkan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMANGAT patriotik perlu disuburkan dan sentiasa digelorakan dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam usaha melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia penting kerana kita sedar untuk mewujudkan negara bangsa yang kita ingin
jayakan, memerlukan pengukuhan perpaduan dalam kepelbagaian bangsa, kaum, agama dan latar belakang.

Justeru, menjelang Bulan Kebangsaan beliau berharap agar penzahiran rasa cinta terhadap negara yang ditunjukkan melalui kibaran Jalur Gemilang, sama ada oleh individu atau organisasi akan lebih meriah pada tahun ini.

“Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

“Sesungguhnya nikmat kemerdekaan perlu disyukuri, di mana kita dapat hidup dengan selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur
dalam menjalin hubungan antara kaum,” katanya dalam ucapan perasmian pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Perdana Menteri.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Advertisements

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sesungguhnya perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan merupakan aset penting kepada negara.

“Oleh itu, ia perlu dipupuk dan dipelihara agar kemerdekaan Malaysia terus dipertahankan.

“Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar
belakang, bak kata pepatah – “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

“Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati. Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada
kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.

Ujar beliau, tunjukkan kebanggaan kita kepada negara dengan mengibarkan lambang kebesaran negara ini.

“Tunjukkan juga kecintaan kita kepada negara dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan