25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Polis Port Dickson kesan suspek pecah tabung masjid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian pecah tabung Masjid Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamaad Mustafah Hussin berkata, pihaknya terkesan empat imej dimuat naik oleh pemilik sebuah akaun Facebook memaparkan individu dilihat cuba memecah tabung di sebuah masjid.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di Masjid Kariah Bagan Pinang, Port Dickson.

“Kejadian itu disedari oleh jemaah masjid sekitar jam 5.40 pagi ketika ingin menunaikan solat subuh. Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM500,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Advertisements

Sehubungan dengan itu, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis kini sedang giat menjalankan risikan dalam usaha mengesan suspek terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Muhammad Ihsan Abd Samad di talian 06-647 2222 atau Hotline IPD di talian 06-646 2999,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan