26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Suami maut, isteri cedera, lori terbalik dilanggar kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut manakala isterinya cedera selepas lori yang dinaiki terbalik dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 150 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Idris Abdul Rahman, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 10 pagi yang memaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah lori satu tan dengan sebuah kereta Proton Saga di laluan berkenaan.

“Hasil siasatan, kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Proton Saga dalam perjalanan ke Kempas itu cuba mengubah haluan ke lorong kanan di KM150 kerana lori (satu tan) yang bergerak agak perlahan di lorong kiri.

“Bagaimanapun, oleh kerana jarak yang terlalu dekat, kereta Proton Saga itu telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori menyebabkan pemandu lori hilang kawalan lalu terbabas keluar ke kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini.

Advertisements

Tambah Idris, penumpang wanita yang juga merupakan isteri kepada pemandu lori berkenaan, turut mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun pemandu kereta Proton Saga FLX itu selamat.

“Wanita berkenaan kini berada Hospital Pakar Sultanah Aminah Muar bagi menerima rawatan lanjut.

Tambah Idris, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan