26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Amaran kami jelas, jangan mulakan! – Dr Akmal

Mesti Baca

“YB (Yang Berhormat) Ngeh Koo Ham, walaupun ini hanyalah berbentuk soalan yang dikemukakan di Parlimen, tetapi amaran kami jelas. Jangan mulakan!!!”

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu setelah Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas cuba ‘memancing’ isu hal ehwal agama Islam apabila mengemukakan soalan berkaitan undang-undang murtad di negara ini.

Amaran Dr Akmal itu dikeluarkan menerusi satu hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam soalan lisan yang dikemukakan oleh Koo Ham dalam Sidang Dewan Rakyat pada Khamis lalu, beliau meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana perkahwinan seorang warganegara Malaysia beragama Islam yang berkahwin dengan seorang bukan Islam di luar negara secara sah apabila balik ke Malaysia dapat diiktiraf di negara ini.

Menjawab soalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkahwinan yang melibatkan antara orang Islam dan bukan Islam tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di bawah undang-undang.

Beliau berkata, sekiranya seorang muslim mahu berkahwin dengan pasangan berlainan agama, pasangan mereka wajib memeluk Islam terlebih dahulu.

Pada 2014 lalu, Koo Ham pernah mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Advertisements

Katanya, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Dr Akmal dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam lantang mendesak DAP memohon maaf secara terbuka sekiranya mereka ikhlas dalam menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Ketika menyampaikan ucapan dasar, Exco Kerajaan Negeri Melaka itu berkata, permohonan maaf itu bagi melembutkan hati ahli-ahli UMNO dan orang Melayu untuk membina kepercayaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Keratan akhbar bertarikh 11 Jun 2014.

Permohonan maaf secara terbuka itu antara lain juga merujuk kepada segala tohmahan yang pernah dilemparkan terhadap UMNO sepanjang kedua-dua parti itu bermusuhan.

Menanggapi desakan Pemuda UMNO itu, Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, tiada keperluan buat DAP untuk membuat permohonan maaf kepada UMNO.

Jelas Ahmad Zahid, perkara itu tidak sepatutnya ditimbulkan semula kerana segala perjanjian telah dipersetujui sewaktu fasa rundingan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan