29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pilih kerajaan negeri yang selari dengan Pusat

Mesti Baca

PARA pengundi di Terengganu digesa membuat pilihan tepat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini bagi memastikan kerajaan negeri yang dibentuk selari dengan Pusat.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana jika Terengganu mempunyai kerajaan yang berbeza dengan Pusat, banyak masalah rakyat sukar diselesaikan.

Sebagai contoh, Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ketika berlakunya banjir di Terengganu tempoh hari, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan puluhan juta ringgit bagi membantu mangsa banjir.

“Kalau Pusat kerajaan lain, negeri kerajaan lain nak jumpa pun susah, nak bincang pun susah.

“Banjir, PM hantar duit berapa puluh juta, yang di bawah itu (kerajaan Pas negeri) dapat duit banjir, dia bagi kat orang dia, dia kata duit dia. Tak sakit hati.

“Duit datang daripada Pusat, dia tak bagi kepada kita (mangsa banjir), apabila dia bahagi, dia kata dia (Pas) punya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jelajah Atas Tong anjuran Penerangan UMNO DUN Kemasik di Pantai Tampin, Kemasik, Kemaman pada Sabtu.

Selain di Pantai Tampin, Jelajah Atas Tong turut diadakan di Pantai Kuala Kertih dan di Felda Kerteh 5 di bawah DUN Kemasik.

Ahmad Shabery yang juga Ketua Urusetia UMNO DUN Kemasik berkata, Pas tidak akan dapat menggugat kerajaan Pusat sekali pun mereka memenangi PRN di Terengganu.

Advertisements

Malahan beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar juga tidak akan jatuh sekali pun Pas bersama Perikatan Nasional (PN) memenangi PRN di keenam-enam negeri.

Ahmad Shabery juga membidas kerajaan Pas Terengganu yang gagal mengemukakan idea-idea baharu bagi pembangunan negeri sepanjang lima tahun mentadbir.

Katanya, sehingga hari ini tidak ada pembangunan jalan raya yang baharu atau masjid-masjid yang baharu sebaliknya mereka hanya berbangga dengan pembangunan yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Tegas beliau, tidak ada gunanya kerajaan Pas membahagikan tanah kepada rakyat sekiranya tanah-tanah tersebut tidak mempunyai nilai dan sebarang pembangunan di sekitarnya.

“Kita nak naikkan nilai (tanah) kena ada pembangunan,” kata beliau.

Sebagai contoh, jelas beliau, kerajaan Pusat sedang giat membangunkan projek Jajaran Rel Pantai Timur (ECRL) yang di dalamnya terdapat pembinaan stesen di Kemasik dan Kertih.

“Stesen (ECRL) di Kemasik. Sepatutnya sekitar stesen tersebut dah mula ada pembangunan sebagai persiapan,” katanya.

Katanya, di sekitar stesen ECRL sepatutnya sudah dirancang pembinaan gudang-gudang bagi menempatkan barangan yang ditempah melalui sistem atas talian agar dapat sampai kepada pengguna lebih pantas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan