31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Peruntukan RM10 juta baik pulih kuarters Maritim Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima suntikan dana sebanyak RM10 juta bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan kuarters daif agensi itu di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Md. Fauzi Othman berkata, dana tersebut disalurkan daripada Kementerian Kewangan (MoF) melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Selain itu, kata beliau. dana yang diterima juga turut melibatkan kerja-kerja pembaikan serta baik pulih kuarters milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kota Kinabalu yang telah diserahkan kepada Maritim Malaysia.

“Sejumlah RM7.4 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters di Maritim Negeri Sarawak serta Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Manakala baki RM2.6 juta adalah untuk kuarters di Batu Pahat, Kemaman serta kuarters di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Kuantan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Senggaraan Kuarters yang dikendalikan Cawangan Prasarana dan Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia bertempat di auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya hari ini.

Antara kuarters Maritim Malaysia yang daif dan rosak yang memerlukan kerja-kerja baik pulih. – Edisi9/Maritim Malaysia

Projek senggaraan itu merupakan inisiatif kerajaan di bawah Program Pembaikan Kuarters Kerajaan di seluruh negara sekali gus menjaga kebajikan pegawai dan anggota serta ahli keluarga dalam menyediakan kediaman yang lebih selesa dan kondusif.

Beliau berkata, sebanyak 13 syarikat yang berjaya dalam sebut harga ini telah dipelawa menerima SST bagi kerja-kerja yang akan dijalankan di Maritim Negeri Sarawak serta Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Saya berharap agar 13 syarikat yang telah menerima SST pada hari ini dapat melaksanakan projek ini dengan telus serta penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan wang kerajaan dibelanjakan dengan sebaik mungkin.

“Ini sekali gus dapat merealisasikan hasrat kerajaan yang sentiasa mementingkan kebajikan penjawat awam dan keluarga dapat dijaga dengan sebaiknya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tebang satu pokok, tanam semula 100 pokok – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar menanam 100 pokok baharu bagi setiap...

Lagi Artikel Berkaitan