26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Mbappe bikin PSG pening

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KYLIAN Mbappe membuatkan majikannya, Paris Saint-Germain (PSG) pening selepas menafikan laporan di mahu meninggalkan kelab gergasi Perancis tersebut.

Penyerang berusia 24 tahun itu turut menyifatkan laporan akhbar Le Parisien kononnya dia mahu menyertai Real Madrid sebagai pembohongan dan berkata dirinya gembira di PSG.

“Bohong. Saya telah nyatakan bahawa saya akan terus bermain di PSG yang mana saya juga gembira (di sini),” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Mbappe pada Isnin telah menghantar surat makluman bahawa dia tidak akan menyambung kontrak baharu di Parc des Princes.

Dengan kontraknya hanya berbaki semusim sehingga Jun 2024, Mbappe enggan mengaktifkan kontrak sambungan sekali gus mencetuskan persoalan adakah PSG melepaskan penyerang Perancins itu secara percuma.

Kelab berpangkalan di Paris itu pastinya tidak rela kehilangan pemain bintangnya selepas terpaksa merelakan pemergian Lionel Messi ke Inter Miami.

Advertisements

Kini terdapat dua pilihan yang perlu dibuat PSG, sama ada cuba memujuk Mbappe untuk menandatangani kontrak baharu atau menjualnya musim panas ini daripada berputih mata melepaskannya secara percuma pada 2024.

Namun, kelab itu sedar jika mereka cuba mengekalkan pemain yang tidak gembira dalam pasukan pastinya akan menjadi racun yang akan memusnahkan kempen PSG.

Real Madrid menanti untuk mendapatkan Mbappe namun pada masa sama mempunyai dua opsyen lain seperti Harry Kane dan Kai Havert bagi mengetuai jentera serangan.

Kehadiran Mbappe juga dilihat sedikit memeningkan Carlo Ancelotti kerana penyerang itu gemar beraksi di bahagian sayap kiri yang kini diisi Vinicius Jr. melainkan jika beliau mampu memujuk Mbappe beraksi di bahagian depan.

Bagaimanapun, dilema kekal buat PSG, dua kelab Inggeris, Manchester United dan Chelsea turut mengintai jika ada ruang untuk membawa Mbappe ke Liga Perdana Inggeris. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan