25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tiga kereta, sebuah motosikal kemalangan angkara babi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA buah kereta dan sebuah motosikal terbabit kemalangan selepas mengelak dan melanggar seekor babi dalam kejadian berhampiran pusat beli belah Alamanda pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.47 pagi di Jalan Desa Pinggiran Putra menghala ke pusat beli belah itu, seorang penunggang motosikal mengalami cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu tiga kereta itu bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dari arah Desa Pinggiran Putra menghala ke Alamanda terlanggar bangkai seekor babi di lorong kanan jalan sebelum terbabas.

Advertisements

“Kereta dipandu seorang lelaki itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua buah kereta jenis Toyota Yaris dan Honda BRV serta sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang turut berada di lorong yang sama,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, siasatan mendapati salah sebuah daripada tiga kenderaan yang berada di bahu jalan itu terlebih dahulu melanggar bangkai babi tersebut.

“Tiga pemandu lain terlibat turut berhenti di laluan sama,”katanya.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan