28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Elaun sara hidup pelajar tajaan JPA dinaikkan – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga ijazah lanjutan di dalam dan luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar negara pengajian.

“Kenaikan sebanyak 15 peratus kadar ESH bagi pelajar di luar negara kecuali kepada pelajar ijazah pertama di United Kingdom (UK) (telah dinaikkan pada 7 November 2022).

“Kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kenaikan kadar ESH melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai.

Katanya, menerusi kenaikan tersebut akan memanfaatkan sebanyak 43,595 pelajar tajaan JPA di dalam dan luar negara.

“Inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan Kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian.

“Di samping itu, (dapat) memastikan penawaran penajaan kerajaan adalah kekal releven dan berprestij,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan