27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pembeli Residensi Seremban Sentral terima kunci hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 890 pembeli projek Residensi Seremban Sentral menerima kunci rumah masing-masing bermula hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, projek yang dibangunkan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) itu telah menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 31 Mei lalu.

Susulan itu, penyerahan Notis Milikan Kosong (VP) telah diberikan pada 7 Jun lalu.

“Dalam usaha untuk memenuhi harapan dan keperluan masyarakat di Negeri Sembilan, saya berharap projek Residensi Seremban Sentral ini akan menjadi contoh di dalam pemodenan bandar Seremban. 

“Saya juga yakin komuniti di Residensi Seremban Sentral ini akan terus lestari dan residensi ini menjadi tempat tinggal yang menyenangkan kepada semua pembeli serta ahli keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Residensi Seremban Sentral hari ini.

Advertisements

Projek Residensi Seremban Sentral terdiri daripada 1,504 unit apartmen di mana sebanyak 890 unit atau 59 peratus daripadanya sudah terjual setakat 31 Mei.

Projek itu menghadapi kelewatan dari tarikh siap asal disebabkan pelbagai faktor. 

Antaranya termasuklah pembinaan tertangguh selama hampir dua tahun kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kekurangan pekerja mahir serta isu kenaikan harga bahan mentah binaan semasa pandemik.

Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengerusi PR1MA, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz.

Sementara itu, Kor Ming berkata, KPKT telah bekerjasama dengan PR1MA dan agensi-agensi berkaitan bagi menyiapkan projek perumahan itu sehabis baik walaupun terdapat beberapa kelewatan. 

“KPKT terus berusaha dalam memastikan projek perumahan agensi di bawah kementerian seperti PR1MA, akan terus progresif menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik buat rakyat Negeri Sembilan dan Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan