34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Al-Hilal tawar Lukaku beraksi di Arab Saudi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ROMELU Lukaku dilapor telah ditawarkan kontrak selama dua tahun bernilai RM249.6 juta oleh kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal.

Jika penyerang Inter Milan yang dipinjamkan dari Chelsea itu menerima lamaran tersebut bakal menjadikannya pemain bintang terbaharu beraksi di Asia Barat selepas Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan N’Golo Kante.

Kontrak pinjaman Lukaku di San Siro akan berakhir bulan ini dengan penyerang antarabangsa Belgium itu dilaporkan sedia meyakinkan pengurus baharu The Blues, Mauricio Pochettino.

Bagaimanapun, berita terbaharu melaporkan penyerang berbadan tegap itu adan mengadakan pertemuan dengan wakil Al-Hilal semalam.

GOAL melaporkan, Chelsea bersedia melepaskan Lukaku sekiranya mendapat tawaran sekurang-kurangnya RM249.6 juta, separuh daripada harga yang dibayar kepada Inter untuk mendapatkan penyerang berkenaan.

Advertisements

Dan Al-Hilal yang kini dipayungi Public Investment Fund (PIF) enggan membayar jumlah yang diminta dan mahu mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pengurangan.

Perbincangan ini dilihat tepat pada masanya kerana Chelsea yang mengharungi musim buruk pada 2022-23 mahu membuat jualan pemain secara besar-besaran.

Selain daripada Lukaku, beberapa nama lain turut cuba dipancing kelab-kelab Arab Saudi.

Antaranya Sadio Mane, Luka Modric, Neymar dan Riyad Mahrez sementara pengurus AS Roma, Jose Mourinho dan pengendali Juventus, Massimiliano Allegri turut dikejar kelab negara berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan