27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

KKM perjelas isu elaun ‘on-call’ pegawai perubatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ELAUN tugas atas panggilan (ETAP) pegawai perubatan merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan dalam merawat pesakit semasa bertugas atas panggilan (on-call) di hospital selepas waktu bekerja biasa. 

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ETAP turut dibayar kepada pegawai perubatan yang diarah bertugas atas panggilan di klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit selepas waktu pejabat. 

Katanya, sejak diperkenalkan pada 1994, kadar ETAP telah dinaikkan sebanyak tiga kali iaitu pada 2001, 2005 dan 2012.

“Pengiraan kadar ETAP dengan membahagikan RM220 (kadar ETAP aktif hari kelepasan am dan mingguan bagi pegawai perubatan) kepada 24 jam sehari (RM9.16 sejam) adalah tidak tepat.

“Ini kerana ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari mengambil kira tempoh tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa. 

“Pembayaran ETAP ini adalah berdasarkan tempoh pegawai diarah bertugas atas panggilan (minimum empat jam bertugas) dan tidak termasuk waktu bekerja biasa pegawai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

KKM menjawab persoalan beberapa artikel dalam media elektronik dan media cetak baru-baru ini yang membangkitkan mengenai isu pegawai perubatan.

Advertisements

Selain itu, KKM juga membayar elaun-elaun lain berdasarkan tuntutan seperti ETAP kepada Pegawai Perubatan berjumlah RM165 juta setahun.

KKM berkata, emolumen dan elaun lain kepada pegawai awam dibuat berdasarkan struktur dan prinsip penggajian dalam perkhidmatan awam, bersandarkan prinsip rate for the job dan prinsip pariti serta mengambil kira keupayaan kewangan semasa.

Katanya, sebagai contoh, seorang Pakar Perubatan Gred UD52, Dr. Ali menerima gaji (gaji pokok dan elaun tetap bulanan) sebanyak RM17,299 dan juga diarah untuk melakukan tugas atas panggilan secara aktif di hospital.

“Berdasarkan gaji sebulan, Dr. Ali layak menerima gaji sebanyak RM576.63 sehari. 

“Bagi hari yang beliau diarah bertugas atas panggilan secara aktif, beliau layak dibayar ETAP sebanyak RM250 bagi tambahan jam yang beliau bertugas selepas waktu bekerja biasa. 

“Sehubungan itu, jumlah gaji yang diterima pada hari Dr. Ali melakukan tugas atas panggilan adalah RM576.63 dicampur dengan ETAP (RM250) yang mana jumlahnya adalah RM826.63 sehari,” – katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan