27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Dua beradik lemas, seorang hilang di Pantai Bagan Lalang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TRAGEDI menyayat hati ke atas dua beradik apabila kedua mereka ditemui lemas, manakala seorang lelaki pula masih hilang selepas mandi di Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa yang lemas masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun.

Manakala, lelaki berusia 30an itu adalah orang awam yang cuba membantu menyelamatkan dua beradik yang lemas itu.

Menurut sumber, mangsa pertama adalah kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang ditemui lemas oleh nelayan, manakala mangsa kedua iaitu kanak-kanak perempuan ditemui selepas timbul di permukaan air setengah jam kemudian.

“Mangsa pertama ditemui pukul 2.30 petang dan bantuan pernafasan cuba dilakukan namun gagal, manakala mangsa kedua ditemui sekitar 3 petang.

“Kedua-dua mangsa dinaikkan oleh nelayan dan orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan usaha kini sedang dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa.

“Usaha menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan