25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10,109 orang daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah calon cemerlang itu meningkat 2.7 peratus memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 9,696 calon (2.5 peratus) pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 413 calon (0.2 peratus).

“Bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran pula adalah seramai 75,322 calon (20.1 peratus) pada tahun 2022 berbanding 71,842 calon (18.8 peratus) pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 3,480 calon (1.3 peratus).

“Selain itu, seramai 128,193 (34.3 peratus) memperoleh keputusan lulus manakala 126,793 calon (33.9 peratus) pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran,” katanya pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2022 di Putrajaya hari ini.

Katanya, SPM 2022 juga menunjukkan prestasi lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.74 berbanding 4.74 bagi SPM 2021.

Pkharuddin berkata, nilai GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, namun kementerian tidak membuat perbandingan kerana setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing.

Dalam pada itu, jumlah calon layak dapat sijil pula meningkat kepada 91.6 peratus iaitu kali pertama mencecah lebih 90 peratus sejak 2013.

Ujar beliau lagi, pencapaian SPM tahun 2022 bandar dan luar bandar juga telah menunjukkan peningkatan.

“Oleh hal demikian, jurang pencapaian calon SPM tahun 2022 antara bandar dan luar bandar telah semakin mengecil, iaitu sebanyak 0.03 mata berbanding SPM tahun 2021,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan