33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Wadi Annuar gagal beri kerjasama, hilangkan diri – JAIPs

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menafikan dakwaan Wadi Annuar bahawa jabatan itu tidak memberi kerjasama ketika beliau hadir sesi siasatan semalam sebagai jauh tersasar.

Pengarahnya, Najmuddin Abdul Karim berkata, Wadi telah hadir ke JAIPs semalam bagi tujuan siasatan, namun kenyataan pendakwah bebas itu gagal diambil. 

Menurutnya, Wadi telah keluar dari bilik siasatan dan menghilangkan diri tanpa sebarang makluman.

“JAIPS memaklumkan bahawa Wadi Annuar telah hadir ke JAIPs pada 2 Mei 2023 setelah dipanggil bagi tujuan siasatan, walaubagaimanapun kenyataan Wadi gagal diambil kerana beliau keluar dari bilik siasatan dan menghilangkan diri tanpa sebarang makluman.

“Kenyataan Wadi Annuar bertarikh 2 Mei 2023 adalah jauh tersasar dari realiti sebenar yang berlaku di JAIPs.

“Berdasarkan pertemuan itu, Wadi gagal memberikan kerjasama sepertimana yang ditetapkan oleh JAIPs dan jabatan ini akan meneruskan kes berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang sedang berkuatkuasa dalam Negeri Perlis,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Semalam, Wadi atau nama sebenarnya Mohamad Wadi Annuar Ayub memaklumkan telah hadir pada jam 10.30 pagi di pintu pagar pejabat JAIPs bersama barisan peguam untuk sesi siasatan berkenaan.

Namun, Wadi mendakwa berlaku pertelingkahan apabila hanya seorang peguam dan dirinya sahaja dibenarkan masuk.

Beliau diminta hadir untuk memberi keterangan berhubung penyertaannya pada satu program di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang pada 28 Mac lalu yang tidak mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan