Sunday, July 19, 2026

UAI tiada tauliah mengajar agama Islam di Selangor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pembatalan kuliah maghrib pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong pada Ahad ini adalah disebabkan penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Negeri Selangor.

“Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuatkuasa di negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Shahzihan turut menegaskan pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Media terdahulu melaporkan Kuliah Maghrib Perdana pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada Ahad ini dibatalkan.

Melalui akaun Facebook Azhar memaklumkan, pembatalan kuliah tersebut adalah atas faktor tidak mendapat kebenaran daripada JAIS untuk dilaksanakan. 

-EDISI9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan