28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wanita didakwa tipu warga emas pakej haji furada

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang wanita warga emas berhubung pakej haji furada berjumlah RM24,000 empat tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang juga pengarah sebuah syarikat agensi pelancongan,  Nur Zaidani Akmal Abd. Majid, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Majistret Chai Guan Hock.

Berdasarkan  pertuduhan, Nur Zaidani bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa telah menipu seorang wanita warga emas berusia 69 tahun.

Tertuduh telah memperdaya mangsa untuk mengerjakan haji furada dengan menggunakan pakej haji yang ditawarkan syarikat tertuduh iaitu Syarikat Hiddan Travel Sdn. Bhd.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa menyerahkan RM24,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Gombak di sini antara 24 Jun hingga 26 Jun 2019 yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 34 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Loh Xian Yee menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Khairul Amin Abdullah yang mewakili Nur Zaidani memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan dengan alasan terlalu tinggi.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Guan Hock kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapakan pada 10 Mei ini.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan