26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Agong ucap tahniah kepada ATM tumpaskan penyeludup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan tahniah kepada  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas kejayaan menumpaskan sindiket penyeludupan daun ketum di Kuala Nerang, Kedah, baru-baru ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin, Seri Paduka berkata, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM bertitah, ketangkasan dan kecekapan anggota pasukan Operasi Tentera Darat ATM itu dalam melaksanakan amanah dan tugas sewajarnya dihargai dan diberi pujian.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan dan penghargaan terhadap usaha baik serta tindakan tegas kerajaan dan agensi penguatkuasaan berkaitan dalam membanteras jenayah rentas sempadan dan sindiket jenayah terancang di sempadan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menumpaskan cubaan menyeludup satu tan daun ketum bernilai RM38,000, menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran Thailand.

Dalam pada itu, Baginda turut bertitah agar kerajaan khususnya agensi penguatkuasaan supaya memperhebatkan usaha membendung aktiviti jenayah demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara.

Advertisements

Menurut Zahari, Seri Paduka bertitah pihak berwajib perlu membendung segala bentuk jenayah, termasuk penyeludupan dadah dan bahan terlarang, pendatang tanpa izin serta pencerobohan sempadan negara.

“Seri Paduka meminta rakyat untuk sama-sama memainkan peranan dan mempunyai kesedaran untuk membendung kegiatan jenayah, sama ada di sempadan negara atau di kawasan masing-masing.

“Ini kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur terhadap soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara,” katanya.

Ujar Zahari lagi,  Seri Paduka Baginda juga mengajak rakyat untuk bersama-sama baginda mendoakan semoga kedaulatan negara sentiasa dipelihara dan negara serta rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan