27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Skuad hoki padang sedia teruskan dominasi emas Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN hoki remaja kebangsaan bersedia mengalas cabaran meneruskan dominasi emas dalam acara hoki padang lelaki Sukan SEA lebih lima dekad, walaupun bakal berdepan lawan yang lebih berpengalaman.

Malaysia, yang merupakan kuasa besar hoki di rantau ini dengan pencapaian cemerlang 16 pingat emas Sukan SEA sejak 1971, hanya membariskan empat pemain senior yang mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa, manakala 14 lagi adalah pemain skuad remaja.

Empat pemain tersebut adalah penjaga gol Mohd Zaimi Mat Deris, Muhammad Amirul Hamizan Azahar (pertahanan), Muhammad Najib Abu Hassan (tengah) dan Muhamad Ramadan Rosli (penyerang).

Ketua Jurulatih Muhamad Amin Rahim dalam kenyataan berkata, anak buahnya telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen menentang tuan rumah, Kemboja pada Rabu depan, di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.

“Saya berharap mereka akan menampilkan aksi terbaik sepanjang temasya itu sebagai persiapan menuju Kejohanan Piala Remaja Asia di Salalah, Oman bermula 23 Mei ini, selepas turut menyertai Siri Jelajah Perth Austalia baru-baru ini.

Advertisements

“Selain itu, lemain juga diingatkan supaya tidak memandang rendah akan kekuatan yang dimiliki oleh setiap pasukan yang bertanding dan setiap kali turun beraksi, pemain perlu turun dengan satu pemikiran yang betul selain memiliki mentaliti untuk menang pada setiap perlawanan,” katanya.

Skuad negara dijadualkan bertemu Singapura pada Khamis (11 Mei), Thailand (13 Mei) dan Indonesia (14 Mei) untuk melengkapkan liga sepusingan dengan dua pasukan teratas mara ke final, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan berkongsi gangsa.

Sementara itu, skuad wanita negara yang turut mendominasi acara hoki padang dengan merangkul tujuh emas secara berturut-turut sejak edisi Jakarta 1997 hingga Kuala Lumpur 2017, dijadual bertemu Kemboja pada Rabu (10 Mei), Singapura (11 Mei), Thailand (13 Mei) dan Indonesia (15 Mei).

Acara hoki padang kembali dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu selepas enam tahun setelah ia tidak dipertandingkan pada edisi Filipina 2019 dan Vietnam 2021. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan