27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

PRN: BN-PH tidak namakan ‘poster boy’ di Kedah – Mahfuz

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat tidak akan menamakan ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah akan datang.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, semua calon yang bertanding untuk PH-BN adalah ‘poster boy’ bagi gabungan tersebut.

Katanya, sekiranya PH-BN berjaya menawan Kedah pada PRN tidak lama lagi, keputusan melantik Menteri Besar yang baharu akan ditentukan Sultan Kedah sendiri.

“Terserah kepada Sultan Kedah untuk melantik siapa yang akan menerajui kerusi Menteri Besar Kedah selepas pilihan raya nanti,” katanya lapor Harapandaily.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, semua penyokong dan pemimpin PH dan BN menerima keputusan pimpinan pusat dalam menentukan kerusi mana yang akan ditandingi dan siapa calonnya.

“Apabila pihak pusat telah membuat keputusan mengenai kerusi yang akan dipertandingkan menjelang PRN Kedah tidak lama lagi, semua parti harus akur dan mendokong bersama keputusan tersebut.

“Demi masa depan negeri Kedah semua pihak harus menerima apa jua keputusan mengenai kerusi yang akan ditanding,” ujarnya.

Sementara itu, Mahfuz mengakui pembangkang di Kedah berdepan cabaran propaganda ekstrim pihak lawan yang dilakukan secara agresif dengan menyebarkan fitnah, adu domba serta isu agama dan fahaman sempit bagi menimbulkan kebencian.

Baca juga:   Tak hadir lebih 6 bulan, kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong

“Anak muda mesti agresif terhadap penggunaan media sosial serta tindakan perlu diambil supaya mesej dapat disampaikan kepada golongan tersebut sepertimana yang telah dilaksanakan oleh pihak lawan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu,” jelasnya. – Edisi 9

Baca juga:   Tak hadir lebih 6 bulan, kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan