32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Messi bakal tinggalkan PSG

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi, Lionel Messi dilaporkan bakal meninggalkan kelab Paris Saint Germain (PSG) setelah kontrak beliau tamat pada musim ini.

Perkara tersebut didedahkan wartawan terkemuka Eropah, Fabrizio Romano bahawa pemenang Piala Dunia 2022 tidak akan memperbahatui kontraknya bersama PSG.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu kini digantung selama dua minggu oleh pasukan kerana telah pergi ke Arab Saudi bersama keluarga tanpa pengetahuan kelab.

Pemerhati bola sepak itu menggangao ia merupakan helah buat bekas bintang Barcelona yang dilihat sudah tawar hati untuk terus beraksi di sana.

Advertisements

Perpindahan pemain Argentina ke kota Paris jelas gagal membawa impak yang diharapkan kepada pasukan apabila hasrat untuk menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih tidak tercapai.

Untuk musim ini mereka disingkirkan oleh gergasi Jerman, Bayern Munich di pusingan kalah mati.

Messi kini mengumpul 15 gol serta 15 bantuan hantaran dalam 28 perlawanan setakat ini. 

Pemain berusia 35 tahun itu memenangi dua piala bersama PSG. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan