24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Malaysia perlukan media yang bebas, berani bersuara – Fahmi

Mesti Baca

MALAYSIA bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas tetapi yang berani melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, media diperlukan bukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah bertujuan memastikan suara semua pihak dapat didengar dan diberi perhatian.

“Malaysia ditempatkan di kedudukan ke-73 dalam indeks World Press Freedom 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders, kedudukan tertinggi yang belum pernah dicapai tahun-tahun sebelum ini.

“Ini tidak seharusnya dipandang enteng, kerana masih ada banyak usaha yang perlu dilaksanakan.

“Jadi saya harap dalam tempoh beberapa hari ini, rakan-rakan media dapat duduk berbincang, mencambah buah fikiran, yang bukan sahaja akan dapat meluaskan pandangan kita, tapi juga akan mencari ikhtiar mengenai apa yang perlu kita lakukan demi masa depan industri ini,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Forum Media Hawana 2023 di Ipoh hari ini.

Forum dengan tema “Masa Depan Media” anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) itu diadakan bersempena Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023.

Fahmi berkata, selaras dengan pertumbuhan pesat penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) termasuk dalam industri media, pengamal media digesa membantu kerajaan memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu dikaji.

“Hari ini beberapa cabaran yang kita hadapi kini termasuk pertumbuhan pesat penggunaan AI, dan kita telah lihat bagaimana banyak negara sedang bergelut dengan persoalan mengenai kecerdasan buatan ini, sama ada dalam media mahupun di peringkat kerajaan.

“Namun bagi banyak pihak, banyak negara, persoalan ini tidak ditangani, jadi saya harap rakan-rakan media yang berada hari ini juga akan membantu,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan