33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

LIMA mampu bawa lebih kejayaan kepada negara – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAMERAN Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) yang melabuhkan tirainya semalam dilihat mampu membawa kejayaan kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau berharap LIMa akan terus mengukuhkan lagi nama negara sebagai hab industri aeroangkasa dan maritim serantau.

“Semestinya besar harapan agar LIMA ‘23 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim sekali gus merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.

“Semoga acara LIMA kali ini dan seterusnya beroleh kejayaan malah, kekal membawa pulangan berganda meliputi sektor ekonomi, perdagangan, pertahanan dan keselamatan,” katanya menerusi hantaran Facebooh hari ini.

LIMA ’23 merupakan penganjuran paling berjaya selepas sebanyak RM17.6 bilion nilai urus niaga direkodkan sepanjang pameran yang melibatkan industri pertahanan dan komersial berkenaan.

Sebanyak RM10.128 bilion daripada jumlah itu merupakan 20 dokumen kontrak, 21 surat setuju terima (SST) dan dua surat niat yang turut melibatkan perolehan beberapa aset pertahanan baharu di bawah Kementerian Pertahanan.

Kejayaan penganjuran pameran dwitahunan itu untuk edisi kali ini juga dibuktikan dengan penyertaan 525 pempamer tempatan dan luar negara yang merupakan penyertaan tertinggi sepanjang LIMA setakat ini.

LIMA ’23 bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’ bermula Selasa lalu dan berakhir semalam.

Edisi LIMA seterusnya dijangka akan berlangsung pada Mei 2025. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan