25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPM komited tawar program di KV ikut pekerjaan terkini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited untuk menyediakan program ditawarkan di kolej vokasional (KV) dan sekolah menengah teknik (SMT) dengan permintaan sektor pekerjaan terkini seterusnya meningkatkan kadar kebolehpasaran murid.

Menteri, Fadhlina Sidek berkata, dari segi kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional KPM memang mencapai sehingga 98, 99 peratus dan ini telah menunjukkan bahawa mereka memang mempunyai kelayakan kepakaran dan juga kebolehpasaran yang tinggi dalam pasaran pekerjaan sedia ada.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam konteks kita memastikan bahawa graduan KV dan juga para pelajar KV dan sekolah menengah teknik ini sentiasa menjadi atau pun mengikuti perkembangan-perkembangan teknologi terkini, kita telah pun tambah nilai melalui sukatan-sukatan yang baru sebagai contoh smart farming, artificial insemination dan internet of things (IoT) yang pada ketika ini memang berupaya untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap teknologi terkini.

“Dalam masa yang sama, KPM juga akan memastikan bidang-bidang pilihan seperti kosmetologi iaitu bidang kosmetik, seni reka fesyen, kulinari, bakeri dan pastri serta pendidikan awal kanak-kanak sentiasa dikemas kini dan ditambah baik selaras dengan perkembangan semasa,”katanya dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan dari Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa).

Ahmad Marzuk meminta Menteri menyatakan program pendidikan yang ditawarkan bagi sekolah teknik, vokasional dan TVET yang berpadanan dengan permintaan sektor pekerjaan serta usaha kementerian bagi meningkatkan kadar kemenjadian pelajar dalam bidang pekerjaan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, untuk makluman Yang Berhormat, dalam kunjungannya baru-baru ini ke Kolej Vokasional Bachok telah memperlihatkan pelbagai kepakaran dan juga kemampuan anak-anak ini untuk meneroka bidang-bidang keusahawanan dan juga bidang-bidang kepakaran tertentu.

“InsyaAllah pada tahun hadapan Kolej Vokasional Bachok akan memulakan operasi restoran mereka sendiri untuk memenuhi keperluan rakyat di Bachok.

“KPM juga sentiasa memastikan graduan KV ini dapat terlibat dalam bidang keusahawanan termasuk juga menyediakan pelajaran khusus yang wajib kemudian menawarkan program-program berkaitan dengan keusahawanan, perniagaan dan sebagainya serta menyediakan ataupun melaksanakan ‘School Enterprise’ .

“Ia untuk menggalakkan mereka terus menjalankan program-program keusahawanan dan memastikan mereka berada dalam landasan untuk memastikan ekonomi dan juga kepakaran
mereka itu boleh digunakan untuk manfaat masyarakat.

“Manakala SMT pula menawarkan pakej mata pelajaran elektif teknikal (MPET) yang berfokus kepada bidang kejuruteraan seperti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Lukisan Kejuruteraan,”katanya.

Ujar beliau, sebanyak 97 peratus murid SMT menyambung pengajian ke peringkat matrikulasi/ asasi dan diploma pada tahun 2022. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan