32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Kejatuhan nilai ringgit dipengaruhi faktor luar – BNM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERKEMBANGAN dalam pasaran kewangan global memberi kesan mendalam kepada pasaran mata wang, termasuk kejatuhan nilai ringgit.

Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, prestasi ringgit perlu dinilai dengan mengambil kira bukan sahaja hubungannya dengan dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi juga dengan mata wang rakan dagangan utama.

Menurutnya, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) boleh memberi tafsiran lebih komprehensif tentang pergerakan ringgit.

Jelas BNM, kejatuhan nilai ringgit dipengaruhi oleh faktor luaran dan tidak seharusnya ditafsirkan semata-mata sebagai gambaran keadaan ekonomi Malaysia.

“Dalam persekitaran semasa, perkembangan luaran memberi kesan yang lebih dominan terhadap prestasi ringgit.

“Memandangkan perkara ini, prestasi ringgit berbanding dolar AS, atau mana-mana mata wang tertentu, bukanlah gambaran keadaan ekonomi.

“Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang dalam julat 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada 2023.

Baca juga:   Penjawat awam jadi sukarelawan banjir diberi cuti khas

“Permintaan dalam negeri akan terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pemulihan berterusan dalam pasaran buruh dan realisasi projek pelaburan dan modal berbilang tahun yang diluluskan, termasuk pelaburan langsung asing, seperti ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), LRT3 (LRT Laluan Shah Alam) dan Lebuhraya Pan Borneo,”kata kenyataan itu.

BNM berkata, pergerakan dalam ringgit akan terus ditentukan pasaran dan BNM akan terus menguruskan risiko yang timbul daripada ketidaktentuan pasaran kewangan yang meningkat.

“Prestasi ringgit akan bertambah baik apabila ketidaktentuan daripada perkembangan pasaran global semakin reda, seterusnya mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   PH tolak segerakan PRU kerana belum bersedia - Zahid

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan