34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

JER tawar penjimatan 30 peratus barang keperluan – KPDN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Selangor boleh mendapatkan barangan keperluan asas pada harga runcit serendah 30 peratus berbanding harga pasaran menerusi program Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, JER memfokuskan jualan bagi tujuh jenis barang seperti ayam, beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula dan daging.

Beliau berkata, program itu akan dilaksanakan di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Selangor dengan lokasi dan keperluan logistik diuruskan pihak DUN.

“Tempoh bagi jualan JER ini akan berlangsung selama tiga jam sahaja dengan konsep premis terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program JER di AU2, Taman Keramat, Selangor hari ini.

Advertisements

Program JER Selangor merupakan kerjasama strategik pertama antara KPDN Selangor bersama kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). 

Kerjasama strategik itu adalah idea penggabungan dan penyelarasan dua program di bawah inisiatif kos sara hidup iaitu Program Jualan Rahmah dan Jualan Ehsan Rakyat di Selangor dengan penjenamaan semula sebagai JER.

Salahuddin berkata, penjenamaan semula itu adalah disebabkan kedua-dua program mempunyai objektif, modus pelaksanaan dan golongan sasaran yang hampir serupa. 

“JER dilihat dapat mengurangkan kos pelaksanaan, meningkatkan impak dan memberi manfaat kepada lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan di Selangor.

“KPDN bersama kerajaan negeri berharap program JER Selangor dapat memberi impak yang positif kepada rakyat Selangor, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan penduduk kawasan luar bandar,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan