Wednesday, June 17, 2026

Isu KWSP: PM buat tidak nampak, yang nampak Coldplay

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya ‘buat-buat tidak nampak’ berkenaan permohonan rakyat berkaitan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah lama dilakukan.

“Yang nampak adalah keterujaan Perdana Menteri mengucapkan selamat datang kepada Coldplay ke negara ini.

“Anwar Ibrahim dilihat bersungguh-sungguh mengucapkan selamat datang kepada Coldplay ke negara ini, dalam siri jelajah kumpulan rock itu buat konsert pada November ini.

“Lama lagi Coldplay nak datang, bukannya esok. Tetapi, saya lagi teruja salam rakyat #kwspbersasar yang memohon prihatin seorang Menteri Kewangan sebelum Coldplay datang Kuala Lumpur pun, dia buat-buat tak nampak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selasa lalu, Anwar menerusi ciapan di Twitter mengalu-alukan kedatangan Coldplay yang bakal mengadakan konsert sulung di Malaysia pada November ini.

“Selamat datang ke Kuala Lumpur,” ciapnya.

Sementara itu Wan Saiful dalam nada sinis berkata beliau kagum dengan Anwar yang meluangkan masa menonton filem kisahnya sendiri, ‘Anwar, The Untold Story’ bersama ‘kelab peminat’.

“PM kita memang betul berjiwa rakyat. Ada masa tengok filem tetapi tak ada masa nak dengar rintihan rakyat dan dengar solusi daripada NGO berkenaan #kwspbersasar,” katanya lagi.

Bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut mendakwa Anwar gagal menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk menurunkan harga minyak ke paras RM1.50 seperti yang dijanjikan semasa ucapan penggulungan Presiden pada Kongres Nasional Keadilan ke-16 pada 2022.

“Bila saya buat carian Google isu harga minyak, maka terpapar dua artikel berita. Satu sebelum dapat kuasa dan satu lagi sudah 6 bulan dapat kuasa.

“Tahniah, Anwar masih lagi gagal gunakan kuasa sebagai Perdana Menteri seperti dia janjikan di pentas lakonan dulu untuk turunkan harga minyak ke paras RM1.50.

“Bila dah dapat kuasa, mungkin dia buat-buat tak nampak atau dia buat-buat lupa. Takkanlah tak bincang dengan menteri Raja Formula kot.

“Dulu masa zaman Datuk Seri Najib Razak, Raja Formula ini bukan main lagi juara bab formula harga minyak. Agaknya, mereka kena jadi pembangkang semula kot? Kita cuba kalih, okay tak?,” soal beliau. – Edisi 9

Sementara itu Wan Saiful dalam nada sinis berkata beliau kagum dengan Anwar yang meluangkan masa menonton filem kisahnya sendiri, ‘Anwar, The Untold Story’ bersama ‘kelab peminat’.

“PM kita memang betul berjiwa rakyat. Ada masa tengok filem tetapi tak ada masa nak dengar rintihan rakyat dan dengar solusi daripada NGO berkenaan #kwspbersasar,” katanya lagi. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan