Tuesday, July 21, 2026

Hutan Simpan Kuala Langat terbakar berjaya dipadamkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya memadamkan kira-kira empat ekar daripada Hutan Simpan Kuala Langat, Selangor yang terbakar kelmarin.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.32 petang.

Katanya, seramai 25 anggota dan pegawai JBPM terlibat dibantu 33 yang lain daripada pelbagai agensi untuk memadamkan kebakaran yang memakan masa sehari itu.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.30 petang keesokan harinya (semalam).

“Kerja-kerja pembersihan parit masih diteruskan menggunakan jentera Excavator dan mengaktifkan telaga tiub sehingga Khamis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebahagian kawasan yang terbakar.

Hafisham berkata, pihak bomba juga akan membuat pemantauan secara berjadual di lokasi terbabit.

“Tiada keluasan merebak dilaporkan selain tiada kemalangan.

“Punca kebakaran hutan tersebut masih dalam siasatan,”kata beliau. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan