27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Aksi Yemen dibatalkan, Papua New Guinea jadi ganti – FAM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AKSI perlawanan antarabangsa Tier 1 di antara skuad Harimau Malaya menentang Yemen yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun depan dibatalkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, pihaknya menerima surat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Yemen (YFA) mengenai perkara itu pukul 5 petang semalam.

Katanya, pembatalan itu terpaksa dilakukan kerana pemain utama mereka menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) negara itu ke Kejohanan Bolasepak Asia Barat (WAFF) di Iraq.

“Pembatalan saat akhir YFA memaksa FAM perlu mencari segera pengganti sesuai dalam masa yang suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini.

Advertisements

“Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti bertemu Harimau Malaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam timbul desas desus menyatakan Yemen bakal menarik diri daripada aksi persahabatan menentang Malaya susulan hantaran di Facebook oleh YFA mengenai pembatalan aksi persabatan tersebut.

Untuk rekod, Yemen kini di kedudukan ranking ke-157 dunia manakala Papua New Guinea ke-159 dunia sementara skuad kendalian Kim Pan Gon berada di kedudukan ke-138 dunia.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan pasukan di ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon bagi satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu, 14 Jun depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan