32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

DUN Kedah dibubar minggu keempat Jun – Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat pada Jun depan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, selepas pembubaran, terletak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan langkah seterusnya bagi mengadakkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita akan hadapi PRN, sempena PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), enam negeri akan adakan PRN, saya telah maklumkan lebih awal dalam sidang DUN (berhubung pembubaran DUN).

“Kita akan bubarkan DUN ini penghujung bulan Jun (ataupun lebih tepat) pada minggu keempat, kemudiannya terpulanglah kepada SPR untuk tentukan tarikh pilihan raya (dan sebagainya),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

Komposisi DUN di Kedah menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memiliki 21 kerusi, diikuti Pas dengan 15 kerusi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan enam kerusi.

Baca juga:   Pastikan 90 peratus pengundi putih mengundi esok - Mohamad

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula memiliki 10 kerusi, Barisan Nasional (BN) (dua kerusi) dan Parti Pejuang Tanah Air (dua kerusi). 

Mengulas mengenai prestasi kerajaan negeri di bawah pimpinannya, Sanusi berkata dia amat berpuas hati dengan pentadbiran dan prestasi yang ditunjukan sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, pengalaman yang dilaluinya sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah amat mencabar. – Edisi 9

Baca juga:   PRU15 : Perjuangan politik rentasi gender, etnik

Wartawan

Terkini

RM5.48 juta naik taraf, selenggara Manjung

KERAJAAN meluluskan peruntukan sebanyak RM5.48 juta bagi menaik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur awam di bawah Majlis Perbandaran Manjung dan...

Lagi Artikel Berkaitan