33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Dulu lawan kini kawan, hati rakyat patut ditawan – MCA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengutamakan rakyat dengan bersifat resposif, progresif, inklusif dan mendengar suara rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, dalam mengorak langkah ke hadapan, kerajaan perlu mengutamakan rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan merapatkan saf demi kestabilan politik.

“Kerajaan Madani perlu mempunyai tatakelola atau urus tadbir yang baik dan kita perlu melakukan perubahan segera terhadap segala kekurangan atau kelemahan yang ada.

“Ini sama ada melalui transformasi, reformasi atau aksi-aksi yang dapat memenuhi aspirasi rakyat. Mana yang salah kita perbetulkan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikain dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, hubungan antara kaum perlu dirapatkan dalam memastikan negara kekal stabil.

“Ini penting kerana tanpa kestabilan, negara akan menjadi huru-hara, masyarakat berpecah dan sudah tentu ekonomi tidak dapat berkembang sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Kestabilan politik sangat penting untuk dibina dan dipertahankan manakala kepentingan wajib diutamakan, lebih-lebih lagi cabaran di peringkat global yang tidak menentu ketika ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan