30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Gangguan bekalan air di 4 kawasan di Pulau Pinang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT kawasan di Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air susulan penurunan mendadak paras air di Sungai Muda yang menyebabkan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua terjejas. 

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, empat kawasan tersebut adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan kawasan selatan Pulau Pinang.

Katanya, LRA Sungai Dua kini beroperasi pada tahap 60 hingga 65 peratus kerana paras air Sungai Muda telah turun secara mendadak pagi ini. 

“LRA ini tidak boleh beroperasi pada tahap 100 peratus untuk menghasilkan kira-kira 1,000 juta liter sehari (JLH) sehingga proses abstraksi air mentah PBAPP dipulihkan semula ke tahap 100 peratus di Muka Sauk Lahar Tiang. 

Advertisements

“Ini bererti bahawa pemulihan sepenuh perkhidmatan bekalan air di Negeri Pulau Pinang tertakluk kepada status pemulihan paras air Sungai Muda di Muka Sauk Lahar Tiang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, LRA Sungai Dua mengeluarkan kira-kira 80 peratus daripada air terawat yang dibekalkan PBAPP di seluruh Pulau Pinang setiap hari. 

“Oleh itu, demi keselamatan, pengguna air di kawasan-kawasan berikut dinasihatkan untuk menyimpan air dengan secukupnya untuk penggunaan bermula hari ini sehingga 17 Mei ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan