32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 24, 2024

5 tekad Konvensyen Pemuda Perpaduan

Mesti Baca

KONVENSYEN Pemuda Perpaduan hari ini menggariskan ‘Tekad Pemuda Perpaduan’ yang menggarap nilai kesepakatan, kebersamaan dan kestabilan dalam pelbagai aspek untuk membina negara bangsa yang kukuh.

Tekad yang bertemakan ‘Bina Bersama’ itu merangkumi kesepakatan politik, perpaduan nasional, ekonomi belia, jaminan sosial serta kemampanan dan kestabilan sosioekonomi.

Pelancaran Tekad Pemuda Perpaduan itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai acara kemuncak konvensyen itu sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Terdahulu, tekad itu ditandatangani Ketua Wira Warisan, Mohd. Ismail Ayob; Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah, Jonnybone Kurum; Timbalan Ketua Pemuda Gabungan Parti Sarawak, Lukanisman Awang Sauni; Ketua Angkatan Muda Harapan, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Menerusi aspek kesepakatan politik, itu dapat dicapai menerusi membina kesepakatan dengan menghormati Perlembagaan Persekutuan demi mempertahankan masyarakat majmuk yang patriotik serta kebersamaan dalam membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.

Advertisements

Bagi aspek perpaduan nasional, adalah berlandaskan nilai hormat dan ihsan serta menghormati kepelbagaian latar belakang dan budaya yang menjadi asas utama pembentukan Malaysia.

Seterusnya bagi aspek ekonomi belia, usaha memastikan golongan belia dapat meneruskan hidup secara bermaruah dilaksanakan dengan mewujudkan peluang ekonomi dan menyediakan pekerjaan bermutu yang dipacu oleh daya cipta, daya kreatif serta pendekatan mampan.

Usaha menyuburkan teras semangat setiakawan sesama rakyat bagi menegakkan keadilan sosial dengan menjuarai nasib golongan kurang berkemampuan dan sederhana tanpa mengira agama dan budaya pula menjadi inti pati kepada aspek jaminan sosial.

Menerusi tekad kemampanan dan kestabilan sosioekonomi pula, intervensi strategik untuk merapatkan jurang sosioekonomi antara komuniti perlu dilakukan dengan meningkatkan keupayaan untuk daya saing supaya tiada golongan tercicir dalam menikmati kemakmuran negara. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

ADUN Sungai Bakap daripada Pas, Nor Zamri meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap dalam Parlimen Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari...

Lagi Artikel Berkaitan