24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 16, 2025

MCA komited perjuang hak, kepentingan rakyat majmuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MCA memberi jaminan akan terus komited serta bersama Barisan Nasional (BN) memperjuang hak dan kepentingan rakyat majmuk di Malaysia.

Jaminan berkenaan dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam ucapan ringkas dimuatnaik di Facebook beliau sempena ulang tahun ke-77 UMNO hari ini.

Ka Siong menambah, perjuangan tersebut tidak akan pudar selama-lamanya.

“Selamat Hari Ulang Tahun UMNO ke-77 saya ucapkan kepada seluruh pemimpin dan ahli UMNO.

Advertisements

“Sebagai parti komponen Barisan Nasional, MCA akan terus komited serta bersama memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat majmuk di Malaysia.

“Perjuangan ini tidak akan pudar sampai bila-bila,”kata Ahli Parlimen Ayer Hitam itu.

Sambutan ulang tahun UMNO ke-77 akan diadakan dengan majlis doa selamat di Surau Ar-Rahman, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.

Majlis itu akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Era baharu hubungan Turkiye-Malaysia di bawah Anwar-Erdogan

PROF DATO SERI IR DR NOOR AZUAN ABU OSMAN LAWATAN Negara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia memperkukuh perkongsian...

Lagi Artikel Berkaitan