27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tok Mat harap UMNO cekal berdepan halangan, rintangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Mohamad Hasan menitipkan doa agar UMNO akan terus cekal untuk berdepan apa juga halangan dan rintangan mendatang.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, ia bagi membolehkan parti terbesar orang Melayu tersebut dapat meneruskan perjuangannya.

“Didoakan semoga UMNO akan terus cekal menghadapi apa jua halangan dan rintangan demi untuk terus menabur jasa dan bakti kepada bangsa dan negara,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Advertisements

Beliau berkata demikian sempena ulang tahun ke-77 UMNO hari ini.

Sambutan ulang tahun UMNO ke-77 akan diadakan dengan majlis doa selamat di Surau Ar-Rahman, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.

Majlis itu akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan