26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Zahid mohon diberi ruang selesaikan isu doktor kontrak

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memberi jaminan situasi menang-menang akan dicapai mengenai isu jawatan doktor kontrak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  berkata, beliau menggesa seluruh doktor lantikan kontrak yang berkhidmat di hospital-hospital seluruh negara yang terkesan memberi peluang kepadanya dan jawatankuasa peringkat tertinggi yang ditubuhkan baru-baru ini untuk menyelesaikan isu mengenai itu.

Kata Zahid, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berkenaan dalam masa terdekat.

“Dalam soal doktor ia perlu dibuat mengikut tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.Terdapat cadangan yang telah dibincangkan agar mereka dapat menjadi doktor tetap selain beberapa syarat skim yang baru akan diteliti.

“Kepada mereka yang terjejas, beri peluang kepada saya yang telah diberi kepercayaan untuk selesaikan isu ini.

“Saya akan adakan perbincangan secara terperinci. Untuk muktamadkannya saya pasti akan bertemu Perdana Menteri dengan situasi menang-menang supaya tidak ada pihak yang tercicir dalam sektor kesihatan awam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Dewa dan Wilayah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak pada Ahad.

Terdahulu, sebuah kumpulan  doktor kontrak telah merancang untuk mengadakan mogok sepanjang tiga hari bermula Isnin tidak akan berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.

Menerusi laman Instagram yang bernama Mogok Doktor Malaysia, kumpulan itu bertekad mengadakan mogok tiga hari dengan tidak hadir kerja atas alasan cuti sakit atau cuti kecemasan. – Edisi 9

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan