24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

Tun M dengan semua orang nak bergaduh – Puad

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN tujuh perenggan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian pemimpin UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas tindakan mantan Ahli Parlimen Langkawi itu dengan menyifatkan beliau sebagai seorang ‘kaki gaduh’.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, turut mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelewengan Dr. Mahathir ketika menjawat jawatan Perdana Menteri keempat.

“Bila masa Tun M tidak gaduh dengan orang. Semua orang dia gaduh. Dengan Sultan dia gaduh. Dengan semua Perdana Menteri dia gaduh. Dengan Timbalan Perdana bawahnya pun bergaduh.

“Dia gaduh dengan Ketua Hakim, Peguam Negara dan UMNO. Dia juga gaduh dengan Mukriz anaknya. Sebab itu dia keluar daripada parti Perjuang.

Advertisements

“Paling teruk sekali dia gaduh dengan rakyat. Semoga PMX (Anwar) dedah sahaja penyelewengan Tun M. Itu bukan gaduh,” katanya melalui hantaran Facebook pada Isnin.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Anwar berhubung dakwaan menuduh bekas perdana menteri itu mengumpul kekayaan peribadi semasa berkuasa.

Kenyataan itu dibuat Anwar pada pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Pada 28 Mac lalu, Mahathir mengumumkan peguamnya menuntut Anwar menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari.

Namun, pada 4 April lalu, Dr Mahathir setuju memberi masa lanjutan kepada Anwar untuk menjawab notis tuntutannya sehingga 17 April yang berakhir semalam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan