27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kerajaan Perpaduan lebih kuat bila Kit Siang tutup mulut

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Kerajaan Perpaduan akan lebih mantap jika veteran DAP, Lim Kit Siang tutup mulut dan bersara sepenuhnya.

Katanya, Kit Siang merupakan pembawa aliran lama DAP yang tidak disukai orang Melayu.

Tambahnya, DAP tidak belajar daripada kesilapan lalu apabila bersengkongkol dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu termasuk memerangi rasuah.

“Baru lima bulan sudah buat hal. Itu yang akan meruntuhkan kerajaan Perpaduan. UMNO tetap belajar dari kesilapan lama Sebab itu UMNO mengalahkan DAP di PRK Cameroon Highland. 

“Kerajaan Perpaduan lebih mantap jika Lim Kit Siang tutup mulut dan bersara sepenuhnya. Dia pembawa aliran lama DAP yang tidak disukai orang Melayu. Biar Anthony Loke buat kerja,” katanya melalui kiriman Facebook.

Advertisements

Kata Puad, beliau percaya Kit Siang suka Najib dipenjarakan malah veteran DAP itu didakwa mengeksploitasi isu kleptokrasi tetapi membisu berhubung kes rasuah banglo membabitkan anaknya, Lim Guan Eng.

“Sebenarnya dia suka Najib dipenjarakan. Dia eksploit isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya. Dia gembira anaknya lepas kerana Tommy Thomas buang kes. 

“Buku memoir Tommy Thomas dedah perlantikannya sebagai Peguam Negara  atas usaha dan percaturan Lim Kit Siang 

“Maka apa yang dihairankan dengan hipokrasi Lim Kit Siang. Padanya biarlah Najib masuk penjara asalkan anaknya bebas,” ujarnya.

Sebelum ini, Kit Siang mendakwa ia sesuatu yang silap sekiranya mempercayai UMNO akan menjadi lebih kuat jika Najib diberikan pengampunan malah pembebasan bekas Presiden UMNO itu akan menguntungkan PAS dan Bersatu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan