26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Tentera hilang di Hutan Belum ditemukan tidak bernyawa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota tentera berpangkat Koperal yang hilang lebih lima hari lalu di Hutan Simpan Belum di Gerik, Perak ditemukan tidak lagi bernyawa, pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa, Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, dijumpai pada pukul 10.15 pagi.

“Sudah jumpa (mangsa), mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang anggota tentera dari Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Bentong, Pahang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum.

Kehilangan mangsa itu disedari selepas dia bersama lima rakan setugas sedang menjalankan operasi di kawasan penugasan pada pukul 5 petang, Jumaat lalu sebelum dilaporkan kepada polis pada pukul 12.50 tengah malam Ahad lalu.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dijalankan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada hari yang sama mangsa hilang (7 April).

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata jenazah akan dikebumikan di kampungnya di Pulau Mertajam, Penaga.

Menurut Reezal Merican, Mohammad Nasri adalah anak kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan Pengkalan Sena, Fadzilah Bakar.

“Urusan membawa pulang jenazah sedang diruskan pihak tentera sebelum jenazah dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Mertajam Penaga.

“Takziah diucapkan kepada Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena, Fadzilah Bakar dan keluarga di atas pemergian anakanda tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman,” katanya dalam Facebook hari ini.

Difahamkan, Mohammad Nasri adalah satu-satunya anak kepada Fadzilah yang mana Allahyarham sudah berumahtangga dan menetap di Bentong, Pahang.

-EDISI9

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan