26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Mayat tentera hilang di Hutan Belum ditemukan sempurna

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS percaya kematian anggota tentera berpangkat koperal di Hutan Simpan Belum, Gerik tiada unsur jenayah atau binatang buas.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mayat anggota dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang berusia 33 tahun itu dijumpai dalam keadaan yang sempurna.

Menurutnya, lokasi mangsa ketika ditemui jam 10.15 pagi semalam adalah di dalam hutan dan berdekatan sungai.

“Saya dimaklumkan mayat (ditemui) berada dalam kawasan hutan berhampiran dengan sungai.

“Keadaan mayat masih sempurna dan kita percaya tiada unsur jenayah ataupun binatang buas. Jadi kita tunggu hasil siasatan bedah siasat,” katanya, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim serta Maahad Tahfiz Wa Dirasah Al-Islamiah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Teluk Intan, Perak.

Advertisements

Mohd Yusri berkata, mayat mangsa yang sebelum ini dibawa ke Hospital Gerik sudah dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi dibedah siasat.

“Perkembangan terkini, mayat dibawa ke HRPB Ipoh untuk dibedah siasat. Jadi kita masih menunggu mungkin bedah siasat dilakukan pada pagi esok.

“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan mengenai kehilangan mangsa ketika menjalankan tugas operasi bersama lima anggota lain kira-kira jam 5 petang Jumaat lalu.

Mangsa, Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, dijumpai pada pukul 10.15 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan