27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Selangor lebih unggul dalam derbi Lembah Klang

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC terus memberi tekanan buat KL City FC dengan kemenangan 3-1 dalam aksi derbi Lembah Klang, Liga Super 2023 di Stadium Cheras, pada malam tadi.

Pasukan tuan rumah yang masih dahagakan kemenangan membuka tirai jaringan menerusi Tchetche Kipre apabila rembatannya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid pada minit ke-24.

Skuad Merah Kuning melancarkan serangan bertali arus ke kubu pertahanan tuan rumah bagi mencari gol penyamaan sehinggalah sepakan penalti dihadiahkan apabila bola terkena tangan Kamal Azizi sebelum Ayron del Valle berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Lapan minit kemudian Selangor sekali lagi memperoleh sepakan penalti apabila Ayron dijatuhkan Azri Ghani.

Penalti tersebut disempurnakan Faisal Halim yang merekodkan jaringan pertama beliau bersama pasukan Selangor.

Advertisements

Bersambung di babak kedua, kedua-dua pasukan saling membalas serangan bagi memburu gol dalam perlawanan.

Skuad Tan Cheng Hoe berjaya menambah jaringan sekali lagi menerusi Ayron pada minit ke-54.

Gerak tari pemain import kelahiran Colombia itu bijak menewaskan Azri untuk meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan ini untuk memastikan tiga mata penuh milik Selangor.

Selangor kini menghuni tangga ketiga liga dengan kutipan 13 mata terikat dengan Sabah di tangga kedua yang hanya dipisahkan kedudukan melalui perbezaan jaringan gol. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan