24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penjawat awam Terengganu terima Bonus Aidilfitri RM700

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam Terengganu bakal menerima bonus Aidilfitri berjumlah RM700 tidak lama lagi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata berkata pemberian bantuan itu melibatkan seramai 12,000 kakitangan awam negeri dengan peruntukan hampir sejumlah RM9 juta.

Beliau berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai jasa dan komitmen mereka yang menggerakkan pentadbiran kerajaan.

“Kita menyedari semua kakitangan kerajaan telah berusaha bekerja dengan begitu keras sekali untuk mengembalikan ekonomi negeri dalam keadaan yang lebih baik.

Advertisements

“Alhamdulillah, kita merasa sangat gembira dengan pencapaian kita dan itu (pemberian bonus) sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada mereka semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Prihatin Ramadan Daerah Kuala Nerus di Masjid Nur Bakti, Kampung Wakaf Tembesu pada semalam.

Tambahnya, bayaran bonus itu akan melibatkan semua kakitangan sama ada berjawatan kontrak dan tetap.

Tahun lalu, kerajaan negeri memberikan bonus RM500 kepada penjawat awam di negeri itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan