29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 4, 2024

Pasar tani Jualan Khas Syawal Madani ditambah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersetuju menambah 10 lagi outlet pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani bermula Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah itu sebagai tambahan kepada 103 outlet yang diumumkan sebelum ini susulan permintaan ramai.

Menurutnya, ia juga dibuat setelah pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan KPKM memastikan bekalan barangan mencukupi bagi Ramadan dan Syawal ini.

“FAMA juga akan cuba untuk cukupkan barang (keperluan) termasuk ikan, sayur, minyak masak dan barangan utama lain,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan banjir kepada golongan petani dalam kawasan Parlimen Sri Gading, Batu Pahat, Johor, malam tadi.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Abdul Rashid Bahri dilaporkan berkata, pihaknya akan membuka 103 outlet pasar tani yang menjalankan Jualan Khas Syawal Madani bermula 15 Aprill sehingga 20 April melibatkan barangan keperluan Aidilfitri pada harga berpatutan.

Advertisements

Antara barangan yang akan dijual di pasar tani itu ialah daging, ayam dan sayur-sayuran manakala menjelang hari raya akan menjual daun kelapa untuk dibuat ketupat.

Dalam pada itu, Mohamad berkata kementeriannya dan FAMA juga akan memastikan 30 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mencukupi buat pengguna.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri berkata kesemua pasar tani berkenaan memfokuskan kepada jualan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digital

Oleh NORLIZA AMIN BAHASA Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia, telah mengalami pelbagai perubahan sejak berabad-abad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu...

Lagi Artikel Berkaitan