32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

MCMC larang kandungan SMS ada pautan URL

Mesti Baca

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telco) untuk melarang sebarang kandungan pautan pelokasi sumber seragam (URL) dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa scam atau penipuan dalam talian.

“MCMC telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat telco untuk pastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL itu dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).

“Banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberi maklumat peribadi dan akhirnya menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Ai FM sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke-77 hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakan arahan tersebut dalam masa yang terdekat. – BERNAMA

Baca juga:   KPM bantu lancarkan operasi PPS di sekolah - Radzi Jidin

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan