Thursday, July 23, 2026

Tubuh RCI siasat kes Najib – Dr. Akmal

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memberi keadilan sewajarnya kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemudanya, Dr. Akmal Salleh berkata, gesaan itu dibuat dengan mengambil kira hujah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli ketika mempengerusikan panel lima hakim dalam semakan kehakiman kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

“Akur dengan keputusan mahkamah bermaksud menghormati keputusan dan tidak turun ke jalanan membuta tuli kerana itulah yang selalu ditekankan oleh Dato Seri Najib ketika beliau berjumpa dengan pemuda seluruh malaysia.

“Tetapi bukan bermaksud kami setuju dengan apa yang telah diputuskan

“Kami pemuda UMNO mendesak agar kerajaan mewujudkan RCI untuk memberikan keadilan yang lebih telus ke atas  Dato Seri Najib dengan mengambil kira hujah yang diberikan oleh Yang Amat Arif Dato Abdul Rahman Seblii,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga menyatakan Najib wajar diberikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil namun sekiranya beliau dinafikan hak tersebut sewajarnya bekas perdana menteri itu tidak dibicarakan.

“Keadilan bukan semata-mata menentukan seseorang itu bersalah atau tidak bersalah. Orang yang dituduh itu mesti mendapat perbicaraan yang adil. 

“Dia juga mesti merasakan dia diberi perbicaraan yang adil. Jika sistem tidak dapat menyediakan ini, lebih baik dia  tidak dibicarakan sama sekali,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Akmal turut mendoakan kesejahteraan buat Najib sebagai tanda sokongan buat mantan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Akur itu hormat tetapi bukan bermakna bersetuju dengan  apa yang diputuskan.

“Moga Allah melindungi  Dato Seri Najib Razak,” doanya.

Semalam, permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman 12 tahun penjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat; Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dengan keputusan majoriti 4-1. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan